Monday, September 10, 2007

BATU KARANG

Batu karang di kenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut Nefrolitiasis. Terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza, ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan Renal Colic – sakit teruk di sekeliling pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk, tidak lagi boleh menapis bahan yang tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan “ORGAN UTAMA” (seperti Jantung, Otak dan Paru-paru).

FAKTOR PENYEBAB

  • Keturunan
  • Jangkitan bakteria disaluran kencing
  • Lanjut usia
  • Kerosakan disebabkan penyakit darah tinggi, diabetes mellitus, gaut dan sebagainya
  • Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
  • Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dan dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran dan buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan dan lain lain
  • Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat berasakan kimia seperti ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, streoid, dadah dan lain lain
  • Pengidap penyakit metabolic (Penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisma asid amino, karbohidrat dan lain lain)

Batu karang hempedu adalah jenis batu karang yang boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol pigmen (Bilirubin Digluoronida) atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur danseterusnya mengeras menjadi batu karang.

GEJALA-GEJALA KOLESISTISIS AKUT

  • Rasa lemah badan
  • Hilang selera makan
  • Demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas.
  • Penyumbatan di duktus hempedu pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.


No comments: