Monday, September 10, 2007

ASTHMA

Asma adalah sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitive bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau “PENCETUS”. Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Terdapat dua jenis asma iaitu asma alahan dan bukan alahan. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

  • ASMA ALAHAN
    Asma jenis ini juga dikenalai sebagai Asma Ekstrinsik (Luaran) atau Asma Atopik. Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan.
    Bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat. Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan, dan juga bahan allergen lain dalam makanan.

  • ASMA BUKAN ALAHAN
    Ia juga dikenali sebagai Asma Instrinsik (Dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki dan ia adalah kronik. Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma jenis ini.


No comments: