FAKTOR_FAKTOR RISIKO
- STROK ISKEMIK (Ischaemic Stroke) berlaku apabila terdapatnya sekatan atau pun pengurangan aliran darah dalam arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak. Ini adalah punca yang sering berlaku yang menyebabkan infak.
- STROK HEMORAGIK (Hemorrhagic Stroke) pula merujuk kepada berlakunya pendarahan dalam dan di sekeliling otak dan menyebabkan berlakunya mampatan dan kecederaan pada tisu.
- Penyakit Jantung
- Tekanan darah tinggi - faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan di kawal.
- Arterosklerosis - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
- Paras kolesterol yang tinggi - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan - meningkatkan tekanan darah.
- Obesiti - berkecenderungan mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
- Merokok - kerosakan pada jantung.
- Mengambil pil perancang keluarga - beserta dengan merokok, mampu meningkatkan risiko strok.
TANDA-TANDA BERLAKU SERANGAN
- Terasa lemah atau kebas pada bahagian muka, tangan atau kaki, terutamanya pada sebelah bahagian badan.
- Berlaku kekeliruan dan juga kesukaran untuk bertutur atau memahami sesuatu.
- Kabur penglihatan, sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah mata.
- Masalah pada pergerakan atau kawalannya (Kawal atur) seperti kesukaran untuk berjalan, terasa pening dan juga hilang keupayaan mengiimbang atau mengawal pergerakan.
KOMPLIKASI
Kecacatan Neurologi Biasa ( Common Neurological Deficits) selepas strok.
STROK BAHAGIAN KIRI
- Lumpuh (Paralysis) pada bahagian kiri badan.
- Kesukaran bertutur.
- Gerakkan yang perlahan dan berhati-hati.
- Hilang daya ingatan terhadap bahasa dan sebutan.
- Mengalami disartria di bahagian muka sebelah kiri.
- Mengalami afasia iaitu tidak mampu untuk memahami dan juga bertutur dangan bahasa yang baik.
- Mengalami apraksia iaitu tidak mampu untuk mengerakkan otot.
STROK BAHAGIAN KANAN
- Lumpuh (Paralysis) pada bahagian kanan badan.
- Kesukaran bertutur.
- Gerakkan yang perlahan dan berhati-hati.
- Hilang daya ingatan terhadap bahasa dan sebutan.
- Mengalami disartria di bahagian muka sebelah kanan.
- Mengalami afasia iaitu tidak mampu untuk memahami dan juga bertutur dangan bahasa yang baik.
- Mengalami apraksia iaitu tidak mampu untuk mengerakkan otot.
No comments:
Post a Comment