Sunday, September 9, 2007

KECERDASAN MINDA

Setiap Otak kita mempunyai 10 hingga 15 billion neuron di dalam otak. Berat otak lebih kurang 1.5kg atau 1/40 daripada berat badan. Otak terbahagi kepada 3 bahagian penting iaitu :-
  1. Otak Neocortex
  2. Otak Mammalian
  3. Otak Reptilian
Pulsa saraf di dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5 meter sesaat ke 1,000 meter sesaat (Heimler & Lockyard). Kemudian ia bersambungan dengan cabang saraf yang di sebut AXON dan DENDRITE. Cabang saraf Axon ini akan memancarkan denyutan atau pulsa elektrik untuk memberi isyarat kepada Dendrite supaya otak dapat berfungsi.

Otak Neocortex terbahagi kepada 2 celebrum iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kiri di kenali sebagai otak logik manakala otak kanan otak Artistik. Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori otak kiri dan otak kanan yang di percayai dan digunakan sehingga kini.

Kajian mendapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak, 90% lagi sentiasa menanti untuk di kembangkan atau untuk di gunakan.

FAKTOR YANG MENENTUKAN KECERDASAN OTAK
  • Neuron menganndungi bahan sel yang saling bersambung di antara satu dengan sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat di antara satu neuron dengan satu neuron yang lain.
  • Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
  • Kecerdasan akal (I.Q.) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak, tetapi bergantung kepada jumlah hubungan (Connection) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (Dendrit Fibres) di neuron.
  • Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit. Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf.
Kajian menunujukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya melalui pemakanan serta tenaga yang mencukupi bagi merangsang pertumbuhannya.

BAGAIMANA MERANSANG TENAGA OTAK?
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Otak akan menggunakan tenaga yang banyak digunakan apabila melakukan kerja kerja yang berat seperti membuat analisa, merangka strategi dan sebagainya. Kekurangan tenaga akan mengakibatkan kesan seperti berikut:-
  • Perasaan gementar, cemas, dan bimbang
  • Bersifat pesimis dan bersikap negatif
  • Kurang keyakinan dan bersikap diri sendiri
  • Selalu letih dan tidak bertenaga
  • Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  • Serabut fikiran dan kelesuan otak
  • Lemah daya ingatan
  • Malas berfikir
  • Mudah lupa dan rasa jemu
  • Kurang daya tumpuan
Untuk menghilangkan masalah masalah tersebut tenaga otak perlu di pulihkan. Tenaga otak boleh dirangsang melalui rangsangan minda, rehat yang secukupnya dan makan makanan yang berkhasiat.


MASALAH MASALAH LAIN YANG MELIBATKAN OTAK

  • Payah tidur
  • Migrain
  • Lelah
  • Kanak kanak degil
  • Orang pendiam, takut dan pemarah
  • Pelbagai gangguan
  • Pesakit jiwa dan mental
Dinasihatkan sentiasa mengambil rehat yang secukupnya dan selalu mengambil makanan yang brkhasiat untuk mengcegaskan otak.




No comments: